DI TENGAH-TENGAH cabaran global yang kian meningkat, isu kecukupan makanan menjadi keutamaan bagi setiap negara, termasuk Malaysia.
Memandangkan lautan menyumbang sebahagian besar kepada biodiversiti, ia menawarkan potensi yang belum sepenuhnya digali dalam aspek kecukupan makanan. Inilah masa untuk kita meneroka dan memperkasa Transformasi Biru sebagai langkah strategik ke arah mencapai kecukupan makanan negara.
Transformasi Biru
Transformasi Biru merujuk kepada pemanfaatan sumber laut secara berkesan dan mampan. Ini termasuklah akuakultur, penangkapan ikan yang lestari, serta penggunaan sumber marin lainnya.
Dengan memperkukuhkan sektor ini, Malaysia tidak hanya dapat mengurangkan kebergantungan pada sumber makanan darat, tetapi juga memperbaiki keselamatan makanan serta menyediakan peluang ekonomi bagi komuniti pesisir.
Inisiatif Transformasi Biru ini tidak hanya membawa harapan baharu bagi kecukupan makanan negara tetapi juga memperkuatkan komitmen kita terhadap pembangunan sektor perikanan yang lestari.
Langkah ini sejajar dengan usaha global yang sama, di mana banyak negara telah mempelopori strategi serupa untuk memastikan kelangsungan sumber laut mereka.
Sebagai contoh negara jiran kita, Indonesia, telah menerapkan konsep Transformasi Biru ke dalam agenda Ekonomi Biru nasional mereka.
Ini termasuk pemulihan habitat laut, peningkatan pengawalan sumber perikanan dan pengembangan sektor pelancongan yang berkaitan dengan perikanan. Ini menunjukkan kepentingan sinergi di antara sektor awam, swasta dan komuniti tempatan dalam memperkasakan ekonomi biru.
Selain itu, Norway sebuah negara yang telah lama dikenali sebagai pelopor dalam industri akuakultur, memberikan contoh yang sangat baik, bagaimana sumber laut dapat dimanfaatkan secara mampan.
Mereka telah mengembangkan teknologi akuakultur yang canggih, membuat pengeluaran salmon dan spesies ikan lain dengan kesan yang minimal kepada alam sekitar.
Inisiatif ini dibuat dengan peraturan yang ketat dan kerjasama erat antara pemimpin, industri serta institusi penyelidikan.
Malaysia dapat mengambil inspirasi dari Norway dengan menerapkan teknologi akuakultur sambil menetapkan kerangka kerja dan peraturan yang memastikan pembangunan sektor ini tidak memberi kesan kepada alam sekitar.
Langkah yang perlu diambil dalam Transformasi Biru adalah pembangunan sektor akuakultur. Akuakultur yang mampan dapat menyokong produksi makanan laut yang tinggi tanpa merosakkan ekosistem marin.
Ini bererti memastikan amalan terbaik digunakan. Melalui teknologi dan kaedah terkini, akuakultur dapat menjadi lebih produktif dan kurang berbahaya kepada alam sekitar.
Selanjutnya, peningkatan tangkapan ikan yang lestari adalah penting. Ini melibatkan pengenalpastian dan mengamalkan had tangkapan yang tidak mengancam populasi ikan. Dengan mengadaptasi pendekatan ekosistem dalam penangkapan ikan, kita dapat memastikan kelangsungan sumber makanan laut tanpa merosakkan biodiversiti.
Pelan Strategik Transformasi Biru
Untuk mewujudkan Transformasi Biru yang efektif, Malaysia memerlukan pelan strategik yang komprehensif. Ini meliputi beberapa aspek utama seperti;
Pengembangan sumber manusia: Melalui pendidikan dan latihan, kita dapat mempersiapkan tenaga kerja yang mampu mengimplementasikan dan menggunakan teknologi akuakultur yang maju dan berpanjangan. Ini termasuk kerjasama dengan universiti dan institusi penyelidikan untuk mengembangkan kurikulum yang relevan dengan keperluan industri.
Peningkatan infrastruktur: Memodenkan fasiliti perikanan dan akuakultur untuk meningkatkan tahap efisien dan mengurangkan impak kepada alam sekitar. Ini termasuk pengembangan sistem akuaponik dan pengubahsuaian genetik untuk spesis yang lebih tahan terhadap penyakit.
Peraturan dan dasar: Kerajaan perlu menetapkan piawaian yang jelas dan ketat untuk pengurusan sumber laut, termasuk kuota tangkapan ikan, pengezonan laut dan pemantauan akuakultur. Keterlibatan aktif kerajaan dalam menetapkan dan memantau dasar ini adalah sangat penting.
Kerjasama serantau dan global: Malaysia perlu lebih aktif dalam membina kerjasama dengan negara-negara lain untuk berkongsi ilmu, teknologi dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber laut. Ini termasuk penglibatan dalam forum antarabangsa berkaitan dengan kelestarian sumber laut dan keterjaminan makanan.
Inovasi dan penyelidikan: Menggalakkan inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi laut, pemprosesan produk laut dan teknologi akuakultur. Ini boleh digalakkan melalui insentif kepada syarikat swasta dan kerjasama antara universiti dengan industri.
Penglibatan dan pemerkasaan komuniti: Mereka juga merupakan golongan yang penting dalam pemerkasaan Transformasi Biru. Kita perlu membangunkan keupayaan dan kesedaran di kalangan komuniti pantai mengenai kepentingan pengurusan sumber laut yang lestari. Program seperti pengurusan sumber daya berasaskan komuniti boleh memperkasakan masyarakat tempatan untuk menjadi sebahagian dari penyelesaian dan memastikan mereka mendapat manfaat langsung dari pembangunan ekonomi biru.
Pembiayaan dana: Mengenal pasti dan memanfaatkan sumber pembiayaan yang boleh menyokong inisiatif ekonomi biru termasuk dana alam sekitar global, pelaburan swasta serta kerjasama antara sektor awam dan swasta. Ini akan memastikan penglibatan dan ketersediaan sumber manusia terutama golongan muda untuk menjalankan projek-projek besar dan kelestarian jangka panjang.
Pengembangan pasaran dan promosi: Jenama Malaysia perlu diberi pendedahan sebagai pusat produk laut melalui pemasaran yang efektif dan mempunyai persijilan profesional. Ini bukan sahaja akan meningkatkan nilai tambah produk laut kita tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantai bekalan makanan global.
Dengan mengambil pendekatan berbilang dimensi ini, Malaysia bukan sahaja dapat memperkukuhkan kecukupan makanan nasional tetapi juga menempatkan diri sebagai negara yang aktif dalam pembangunan ekonomi biru antarabangsa.
Langkah-langkah ini perlu mendapat sokongan dan komitmen kuat oleh kerajaan dan penglibatan aktif dari semua pihak berkepentingan bagi memastikan Transformasi Biru bukan sekadar konsep tetapi menjadi realiti yang dapat memperkayakan ekonomi, masyarakat dan alam sekitar.
Melalui Transformasi Biru, Malaysia berada di jalur yang betul untuk mencapai kecukupan makanan yang lestari sambil menjaga kekayaan alam yang tidak ternilai ini untuk generasi akan datang.
Semua pihak berkepentingan perlu bersatu, berinovasi dan bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih hijau, lebih biru dan lebih cerah bagi semua rakyat Malaysia.
* Prof. Madya Dr Murni Marlina Abd Karim merupakan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Akuakultur dan Akuatik Sains (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia.
** Dr. Murni juga memegang jawatan sebagai Setiasuaha Persatuan Perikanan Asia dan bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang akuakultur yang berfokus kepada pengurusan kesihatan dan penyakit haiwan akuatik.
*** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Murni Marlina Abd Karim
Thu Mar 21 2024
Untuk mewujudkan Transformasi Biru yang efektif, Malaysia memerlukan pelan strategik yang komprehensif. - Gambar Dr Murni Marlina
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan ‘neutral’ - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Pelajar IPTS maut jatuh dari tingkat 21 hotel
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd berkata, pelajar berusia 24 tahun itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
[KOLUMNIS] Transformasi Biru langkah memperkasa kecukupan makanan negara
DI TENGAH-TENGAH cabaran global yang kian meningkat, isu kecukupan makanan menjadi keutamaan bagi setiap negara, termasuk Malaysia.